Aku ada satu kisah yang ingin aku kongsi bersama. Pada suatu hari aku telah singgah di kedai jahit untukmembeli barang. Di situ aku melihat pembantu kedai tersebut muncung aje. Tanpa di minta dia meluahkan perasaan tak puas hatinya pada tauke kedai. Sepatutnya hari minggu pekerja kena 2 orang sebab ramai orang yang datang kat situ. Ini tidak aleh-aleh dia sorang je yang kena jaga kedai. Tauke duk kat rumah. Tension dia.....
Aku pun layan je la dia membebel. Lagi satu katanya tabiat customer yang suka datang last minute lepas tu nak cepat siap. Macam2 yang nak buat, potong kaki seluar la, jahit baju koyak, dll. Yang kaum ibu-ibu pulak esok nak sekolah baru nak hantar kedai jahit lencana kat baju anak. Kalau cakap tak sempat siap terus tarik muka. Masam je... Nak buat macamana kerja tu kena buat dengan teliti, kalau tak elok kena marah pulak....
Itulah ragam manusia. Lepas tu aku terfikir memang betul la apa yang aku selalu cakap kat murid2 aku dalam subjek k.hidup bahawa mereka kena pandai jahit. Sekurang-kurangya tak perlu la hantar kedai kalau seluar suami diorang koyak bila dah kahwin nanti....
Nampak gayanya aku kena tambah lagi satu sasaran KPI aku iaitu kena pastikan pelajar aku pandai pegang benang dan jarum. Lagi bagus kalau mereka dapat mempraktikkan ilmu jahitan tersebut bukan sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup bahkan boleh dijadikan asas untuk mencari rezeki pada masa akan datang......Insyaallah.
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment